Pengepungan Pengepungan Damsyik (634 M)

Tentera Muslim (merah) ketika mengepung kota Damsyik.

Ketika tentera Arab menghampiri kota Damsyik, Khalid sedar bahawa pasukannya tidak cukup untuk mengelingi kota itu sepenuhnya. Sebaliknya, pasukan Muslim telah diletakkan di setiap pintu kota bersama pemimpin masing-masing. Dengan pantasnya, kota Damsyik dilanda kebuluran kerana kekurangan bekalan makanan dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi serangan. Tentera Muslim pula telah membuat persiapan yang lengkap kerana mereka telah menguasai kawasan-kawasan yang subur dan kaya dengan bekalan makanan. Oleh kerana penunggang kuda ringan tidak sesuai digunakan dalam situasi pengepungan sesebuah kota, Khalid telah meletakkan sebahagian penunggang kuda tersebut ke Eagle's Pass untuk dijadikan sebagai pemantau. Dari sana, mereka menjaga sebarang gerakan Rom untuk melarikan diri melalui tempat yang sempit ini. Sebahagian penunggang kuda lagi kekal di kawasan luar kota untuk bersiap sedia menangkis serangan mendadak Rom.

Di Antokiah, Maharaja Rom telah sedia maklum akan pengepungan tersebut dan telah menghantar 12,000 tentera bantuan bersama dengan bekalan untuk membantu Damsyik pada 9 September. Semasa tentera bantuan Rom menghampiri kawasan pengawalan penunggang kuda Arab, pertempuran kecil telah berlaku. Penunggang kuda Arab terpaksa berundur. Salah satu daripadanya berjaya menghantar notis kepada Khalid untuk meminta bantuan. Khalid telah mengambil risiko bahawa bertempur menentang tentera bantuan Rom lebih penting berbanding meneruskan pengepungan kota Damsyik. Khalid menyusun kembali pasukan elitnya dan berjaya menghancurkan tentera Rom di Eagle's Pass. Semasa ketiadaan Khalid, pengepungan kota Damsyik oleh tentera Arab sedikit berjaya. Sejarawan percaya bahawa sekiranya penjaga garison di dalam kota, Thomas melancarkan serangan pada waktu itu, tentera Byzantine berjaya mematahkan pengepungan tentera Arab. Namun, mereka tidak berbuat demikian sekali gus melepaskan peluang tersebut. Khalid mula sedar bahawa risiko yang akan dihadapinya dan lantas beliau kembali ke Damsyik selepas mematahkan penghantaran bantuan Rom di Eagle's Pass.

Setelah Thomas mengetahui bahawa tiada bantuan dapat disampaikan ke dalam kota, semangat para pejuang di dalam kota telah luntur dan lemah. Maka, tindakan seterusnya perlu dilakukan untuk mempertahankan kota. Thomas memutuskan untuk melakukan serangan dengan keupayaannya sendiri. Dalam serangan pertama, Thomas telah mengumpulkan seluruh tenteranya untuk menyerang Pintu Thomas yang dikawal oleh 5,000 tentera Muslim pimpinan Syurahbil. Selepas tentera Byzantine berkumpul, Thomas mula mengarahkan pemanah untuk menghujani tentera Muslim dengan ribuan anak panah bagi melihat respon tentera Muslim. Infantri Rom seterusnya menyerang angkatan tentera Muslim melalui Pintu Thomas serta Thomas sendiri mengemudi serangan tersebut. Ketika berlaku pertempuran sengit, Thomas dilaporkan berjaya memecahkan barisan tentera Muslim dan hampir membunuh Syurahbil. Tetapi, beliau kemudian ditembak yang mengenai matanya oleh seorang janda Arab yang telah kematian suaminya akibat pertempuran. Walaupun tentera Rom memperoleh beberapa kejayaan, tetapi mereka tetap tidak mampu mematahkan pengepungan tentera Muslim dan akhirnya mereka berundur kembali ke dalam kota. Kemudian, Thomas telah bersumpah bahawa beliau ingin mendapatkan kembali beribu-ribu mata sebagai pengganti kehilangan sebelah matanya akibat pertempuran.

Strategi lain telah direncanakan oleh tentera Rom bagi menewaskan tentera Muslim. Oleh kerana serangan melalui satu pintu kota telah gagal, Thomas ingin melancarkan satu serangan serentak dari empat pintu kota. Dua tentera besar telah berkumpul di Pintu Timur yang dikawal oleh tentera Muslim pimpinan Khalid dan Pintu Thomas. Sementara itu, tentera Rom juga berkumpul di Pintu Kecil dan Pintu Jabiyah. Setelah Thomas mengarahkan serangan, berlaku satu pertempuran di Pintu Jabiyah yang mana kedua-dua belah pihak menanggung banyak kehilangan nyawa. Setelah itu, Abu Ubaidah bersama tenteranya berjaya mematahkan serangan tentera Rom sekali gus memaksa tentera Rom berundur ke dalam kota.

Di Pintu Timur pula, situasi lebih getir antara kedua-dua belah pihak. Tentera Rom yang besar berjaya memecahkan barisan infantri Arab dan memaksa tentera Arab untuk berundur. Akan tetapi, Khalid bersama 400 tentera berkuda elitnya menangkis asakan tentera Rom. Serangan balas Khalid perlahan-lahan menyebabkan tentera Rom terpaksa berundur ke dalam kota semula. Di Pintu Thomas, Thomas menyertai pertempuran bersama dengan satu mata selepas kehilangan salah satu daripada matanya pada pertempuran sebelum ini. Selepas pertempuran sengit, tentera Muslim masih tidak menunjukkan sebarang kelemahan. Pada masa ini, jeneral Rom iaitu Thomas sedar bahawa tiada gunanya lagi untuk bertempur dengan tentera musuh lalu beliau mengarahkan pengunduran tentera-tenteranya. Sementara itu, pemanah Arab terus menghujani tentera Rom dengan ribuan anak panah. Ini merupakan usaha terakhir Thomas untuk mematahkan barisan tentera Muslim, namun ia gagal bersama dengan ribuan tenteranya terkorban. Setelah itu, beliau tidak lagi membuat sebarang percubaan untuk meloloskan diri.

Menurut sumber-sumber Arab, terdapat seorang penduduk kota berbangsa Yunani yang bernama Jonah telah memanjat kubu kota untuk memberitahu Khalid bahawa pada malam 18 September, terdapat upacara agama Kristian akan diadakan. Hal ini akan menjadikan kubu kota secara keseluruhannya tidak dikawal. Jonah telah mengkhianati keselamatan kotanya kerana perkahwinannya bersama tunangnya telah diganggu oleh pengepungan tentera Muslim. Beliau berasa kecewa dan meminta pertolongan tentera Muslim. Jonah akhirnya memeluk agama Islam tetapi perinciannya agak tidak jelas.

Tinggalan Pintu Timur yang mana tentera-tentera Khalid memasuki kota Damsyik melalui pintu ini.

Peluang ini telah digunakan oleh Khalid untuk meminjam tangga daripada biara kota dan mendapatkan tali untuk membentuk satu serangan. Pada malam itu, 100 orang tentera yang dipimpin oleh Khalid sendiri telah memanjat kubu kota dan membunuh pengawal Pintu Timur. Seterusnya, tentera Muslim membuka Pintu Timur untuk membenarkan baki tentera Muslim di luar kota untuk memasuki kota Damsyik. Tentera Rom yang lain tidak menyedari akan serangan mengejut ini dan hanya berjaga di posisi mereka masing-masing kerana tidak sempat melakukan persediaan. Khalid bersama tenteranya mara ke pusat kota Damsyik. Sementara itu, Thomas telah menghantar utusan kepada Abu Ubaidah di Pintu Jabiyah untuk menawarkan penyerahan kalah dan bayaran cukai jizyah sebagai pertukaran kepada rundingan kedua-dua pihak. Rundingan ini telah dipersetujui oleh Abu Ubaidah yang sememangnya mencintakan keamanan.

Tempat pengepungan

Damsyik menarik perhatain para pedagang dari seluruh pelusuk dunia kerana kedudukan strategiknya. Kota ini dikenali sebagai syurga Syria.[3]

Kerja-kerja pengukuhan kota ini membayangkan kepentingannya. Bahagian utama kota dikelilingi sebuah tembok tinggi sepanjang 11 m (36 ka).c[›] Kota yang diperkukuhkan ini lebih kurang 1,500 m (4,900 ka) panjang dan 800 m (2,600 ka) lebar.[3]

Tembok kota mempunyai lapan pintu:

Mahupun Sungai Barada mengalir pada tembok utara Damsyik, sungai itu terlalu cetek untuk digunakan sebagai sebahagian binaan pertahanan yang penting.[4]

Pada waktu berlakunya kempen Syria, Pemerintah Tentera Byzantine bernama Thomas, iaitu menantu Maharaj Heraclius. Seorang penganut Kristian yang warak, Thomas juga terkenal bagi keberanian dan keterampilannya dalam peperangan, dan juga sebagai seorang yang bijak dan berpendidikan.[3]